Thursday, March 11, 2010

Nota Pendidikan Agama Islam Tingkatan 4 Bab 20

Bab 20 : Kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin

~Kesinambungan drpd kerajaan Islam Madinah pimpinan Nabi Muhammad saw.

Khalifah ialah orang yang memegang jawatan ketua Negara Islam.

Khulafa’ Ar-Rasyidin ialah gelaran kepada empat seorang sahabat yang
memegang jawatan dalam negaran Islam selepas kewafatan Rasulullah.
Mereka ialah :

a) Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
b) Khalifah Umar Al-Khattab
c) Khalifah Usman bin Affan
d) Khalifah Ali bin Abi Talib

Kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin berpusat di Madinah dan pemerintahannya berkuasa selama lebih kurang 29 tahun iaitu dari tahun 11 Hijrah sehingga tahun 41 Hijrah.


PENGENALAN RINGKAS KHULAFA’ AR-RASYIDIN

A. KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ (11H-13 H/632M-634M)
Nama sebenar Abdullah bin Abi Quhafah
Tarikh Lahir 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah
Keturunan Bani Tamim
Gelaran As-Siddiq yang bermaksud yang membenarkan perbuatan dan percakapan Nabi Muhammad.
Tarikh Wafat 23 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah.Dimakamkan di Madinah berhampiran makam Rasulullah.
Sifat peribadi • Jujur,amanah,dan setia kepada Nabi.
• Berbudi pekerti mulia.
• Membenarkan segala perkataan dan perbuatan Nabi.
Perlantikan menjadi khalifah Setelah Rasulullah wafat, golongan Muhajirin dan Ansar berselisih pendapat untuk memilih penganti baginda.peristiwa tersebut berlaku di Saqifah Bani Sa’adah.Wakil kedua-dua golongan memberi ucapan.Abu Bakar mencadangkan Umar bin Al-Khattab dan Abu Ubaidah menjadi khalifah.Kedua-dua calon tersebut menolak cadangan tersebut dan memberi balah kepada Abu Bakar sebagai khalifah.







B. KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB (13H-23H/634M-644M)

Nama sebenar Umar bin Al-Khattab bin Naufal
Tarikh Lahir 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah
Keturunan Quraisy
Gelaran Al-Faruq yang bererti pemisah antara hak dan batil.
Tarikh Wafat Akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun dan setelah 10 tahun menjadi khalifah.
Sifat Peribadi • Berani menegakkan Islam
• Tegas,adil dan bertanggungjawab.
• Taat pada perintah Allah swt.
Perlantikan menjadi Khalifah Menjadi khalifah mengikut wasiat Abu Bakar As-Siddiq untuk mengelakkan umat Islam berpecah belah.Wasiat ditulis oleh Saidina Usman dan kemudian diumumkan kepada orang ramai.

C. KHALIFAH USMAN BIN AFFAN (23H-35H/644M-656M)

Nama sebenar Usman bin Affan bin Abu Al-As
Tarikh Lahir Lima tahun selepas kelahiran Nabi.
Keturunan Bani Umaiyah
Gelaran Zunnurrain yang bermaksud dua cahaya kerana telah mengahwini dua orang puteri baginda.
Tarikh Wafat Tahun 35 Hijrah ketika berusia 80 tahun kerana dibunuh oleh Abu Lukluk.
Sifat Peribadi • Zuhud dan dermawan.
• Berani menegakkan Islam.
• Tegas dan bertanggungjawab.
• Berfikiran kreatif.
Perlantikan menjadi khalifah Pemilihan daripada 6 orang sahabat iaitu Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib,Talahat bin Abidah,Zubir bin Al-Awam,Saad bin Abi Waqas dan Abdul Rahman bin Auf.Apabila kesemua menarik diri,Abdul Rahman mengisytiharkan Usman bin Affan sebagai khalifah.



D. KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB (35H-40M/656M-661M)

Nama sebenar Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bi Hasyim.
Tarikh Lahir 10 tahun sebelum kerasulan Nabi.
Keturunan Bani Hasyim
Gelaran Karamallahhu Wajha yang bermaksud Allah memuliakan wajah dan maruahnya kerana tidak pernah menyembah berhala.
Tarikh Wafat Tahun 40 Hijrah
Sifat Peribadi • Berani,tegas dan menguasai pelbagai ilmu dengan mendalam.
Perlantikan menjadi khalifah Atas permintaan orang ramai untuk menyelesaikan pergaduhan antara orang Islam ekoran daripada pembunuhan Khalifah Usman bin Affan.Perlantikan tersebut tidak dipersetujui oleh keluarga Umaiyah.

Kepimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin

I. Khulafa’ Ar-Rasyisin ialah mereka yang sangat rapat dengan Rasulullah swt.
II. Mereka ialah tempat rujukan kepada umat Islam selepas kewafatan Rasulullah swt.
III. Mereka memiliki akhlak yang terpuji seperti taat perintah Allah,warak,adil,bertanggungjawab,berani dan sebagainya.
IV. Meneruskan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Rasulullah yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
V. Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab untuk memajukan Negara Islam.
VI. Mengamalaknsifat kesederhanaan dalam semua perkara dan mengutamakan kebajikan rakyat daripada kepentingan sendiri.
VII. Melaksanakan perundangan Islam sepenuhnya sebagai dasar pentadbiran Negara.


Dasar Pentadbiran Khulafa’ Ar-Rasyidin

I. Melaksanakan sistem pemerintahan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
II. Khalifah mempunyai kuasa terhadap sesuatu pendapat ahli Majlis Syura dan Ijtihad.
III. Khalifah merupakan ketua Negara yang bertanggungjawab mewujudkan keadilan kepada semua rakyat.
IV. Khalifah tidak mempunyai apa-apa keistimewaan di sisi undang-undang.
V. Rakyat wajib patuh kepada pemerintah yang melaksanakan dasar Al-Quran dan As-Sunnah.
VI. Khlaifah bertanggungjawab menyediakan segala kebajikan dan kemajuan kepada rakyat.
VII. Gabenor dan seseorang pegawai dilantik berdasarkan kebolehan dan kecekapan bekerja.
VIII. Rakyat berhak memberi pendapat kepada pemerintah mengikut saluran yang betul.


Pembaharuan Dalam Sistem Pentadbiran Negara

a. Majlis Syura

a) Dianggotai oleh “Al-Hallu wal Aqdu” iaitu mereka yang bijak mentafsir dan membuat keputusan mengenai sesuatu perkara.
b) Majlis tersebut berperanan menentukan pelantikan khalifah pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin dan menangani kes-kes penyelewengan dalam kalangan pegawai pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab.

b. Pentadbiran Wilayah

1. Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab, beberapa wilayah baru dibuka san beberapa gabenor dilantik untuk mentadbir wilayah tersebut.
2. Gabenor adalah sebagai wakil kepada khalifah dan menjalankan tugas yang dibenarkan oleh khalifah.
3. Beberapa jawatan baru ditubuhkan bagi memantapkan jentera pentadbiran Negara iaitu :

a) Ketua setiausaha
b) Setiausaha
c) Pegawai polis
d) Pegawai pemungut cukai
e) Pegawai perbendaharaan negara
f) Ketua hakim


4. Pegawai-pegawai dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan iaitu :

a. Mendapat surat drpd khalifah yang mengandungi tugas-tugas dan kuasa
b. Segala harta milik pegawai akan diperiksa
c. Pegawai-pegawai dikehendaki datang ke mahkamah setiap kali musim haji meyediakan laporan.

d. Pegawai yang bersalah akan disiasat dan jika disabit kesalahan akan dikenakan tindakan.
e. Pegawai diberi gaji tetap supaya menjalankan tugas dengan cekap dan baik.


C. Penubuhan Jabatan Ad-Diwan

1. Jabatan ini ditubuhkan bagi memastikan segala pengurusan berjalan dengan baik.
2. Dua jabatan baru ditubuhkan.

Dewan Al-Jundi
(Jabatan Ketenteraan) Dewan Al-Kharaj
(Jabatan Hasil)
i. mengendalikan latihan kepada tentera.
ii. mengemaskini maklumat tentera.
iii. mengurus pembayaran gaji tentera
iv. mengurus perkara kebajikan tentera. i. memungut dan mengumpul hasil Negara
ii. menyediakan kemudahan kepada rakyat untuk membayar cukai dengan cara pemungut cukai akan mendapatkan pembayar cukai.

3. Kecekapan pengawai menjalankan tugas telah mempertingkatkan pendapatan Negara dan memperkukuhkan ekonomi Negara Islam.


Polisi Pentadbiran Khulafa’ Ar-Rasyidin

Khalifah Polisi Pentadbiran
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq a. memerangi golongan murtad
b. menghapuskan nabi palsu dan pengaruhnya.
c. Memerangi golongan yang enggan membayar zakat.
d. Menggerakkan tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan.
e. Melantik khalifah sebagai penggantinya untuk menghindarkan selisih faham umat Islam apabila beliau meninggal dunia.
Khalifah Umar Al-Khattab a. mengadakan pembaharuan dalam system pentadbiran tanah.
b. Sahabat yang tidak dibenarkan meninggalkan Madinah kecuali mendapat kebenaran khalifah.
Khalifah Usman bin Affan a. membuka peluang kepada umat Islam yang ingin berjihad untuk menyebarkan agama Islam.
b. Para sahabat telah dibenarkan meninggalkan Kota Madinah.
c. Melonggarkan syarat penggunaan harta Baitulmal.
d. Banyak gabenor yang dilantik dari kalangan Bani Umaiyah berdasarkan kebolehan mereka.
e. Beliau menetapkan bahawa Al-Quran hendaklah dibaca dalam “Lahjah Quraisy”.
Khalifah Ali bin Abi Talib a. memecat pegawai-pegawai kerajaan yang berketurunan Umaiyah termasuk Muawiyah bin Abi Sufian(gabenor di Syam) dan ditukarkan kepada pegawai yang baru.
b. Meneruskan Majlis Tahkim walaupun tidak dipersetujui oleh golongan Khawarij.

Sumbangan dan Jasa Khulafa’ Ar-Rasyidin

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq 1. menghapuskan golongan murtad, nabi palsu, dan golongan yang enggan membayar zakat.
2. membebaskan negeri-negeri yang berada di bawah cengkaman Rom dan Parsi.
3. mengumpulkan tulisan-tulisan Al-Quran supaya tidak dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Khalifah Umar Al-Khattab 1. mengemaskini pentadbiran Majlis Syura
2. menyusun semula hokum kanun tanah Negara
3. Menubuhkan jabatan baru spt jabatan ketenteraan dan jabatan tanah untuk melicinkan pentadbiran.
4. memperkenalkan takwim tahun Hijrah
5. menubuhkan pasukan polis dan tentera laut untuk menjaga keamanan Negara.
6. membahagi pentadbiran Negara kepada beberapa wilayah.
Khalifah Usman bin Affan 1. menggunakan harta dan kekayaannya untuk kesejateraan Negara.
2. mengumpul dan membukukan Al-Quran dalam satu risalah yang dikenal dengan nama “Rasmi Umani”.
3. Memperkuat pasukan tentera darat dan laut bagi menjaga keselamatan Negara dan perluasan kuasa Islam.
Khalifah Ali bin Abi Talib Menerima jawatan khalifah semasa keadaan Negara tidak aman.

Kemajuan Sosial

A. Penduduk

Masyarakat Islam pada zaman khulafa’ Ar-Rasyidin hidup dlm keaadan aman dan harmoni.Tiga golongan masyarakat pd zaman itu ialah

a. masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab yang memeluk Islam sejak zaman Rasulullah.
b. Masyarakat yang berada di luar tanah Arab yang memeluk Islam sejak zaman perluasan kuasa khulafa’ Ar-Rasyidin
c. Golongan bukan Islam yg mendapat perlindungan (Kafir Zimmi)

Semua golongan diberi hak dan kebebasan yg sama rata dlm Negara.

B. Penyebaran Pendidikan

Masjid merupakan institusi pendidikan yg penting.
Kuttab ia;lah tempat belajar di kawasan masjid untuk kira dan kanak-kanak belajar membaca,menulis,mengira dan menghafaz Al-Quran.

C. Kebajikan

Pemerintah khulafa’ Ar-Rasyidin sentiasa menjaga kebajikan rakyat sama ada ug beragama Islam ataupun tidak.
Contohnya,Khalifah Umar memansuhkan cukai jizyah seorang Yahudi tua yang miskin,





D. Keadilan

Khalifah Umar bin Al-Khattab contohnya amat bertanggungjawab & bersikap adil kpd rakyat.Dlm menguatkuasakan undang-undang, beliau tidak memilih pangkat & kedudukan seseorang.Beliau mengambil semula tanah-tanah sahabat menjadi milik Negara berdasarkan Kanun Tanah Negara


Mengadakan Kemudahan Awam

Khalifah Umar bin Al-Khattab amat mementingkan rakyat dlm semua prkara.Oleh itu,beliau menubuhkan Baitulmal untuk menyimpan harta kerajaan dan membangunkan beberapa buah Bandar baru.

A. Kemajuan ekonomi

Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab sehingga awal pemerintahan Khalifah Usman bin Affan,sumber ekonomi yg utama ialah zakat, fai, usyur, zijyah, ghanimah & sebagainya.Dewan Al-Kharaj ditubuhkan bagi mengemaskini kewangan Negara.Undang-undang Tanah Negara juga diperkenalkan bagi menghindarkan pembaziran tanah.

B. Perluasan Kawasan

Wilayah-wilayah Islam semakin luas kesan daripada kejayaan tentera Islam menakhluk beberapa buah Negara seperti Iraq,Syria, dan Palestin.

Pengaruh Islam semakin tersebar apabila Khalifah Abu Bakar berjaya memerangi orang murtad dan nabi palsu dlm kalangan kabilah-kabilah Arab sekitar Mekah & Madinah.

Wilayah-wilayah Islam semakin meluas pada zaman pemerintahan Khalifah Umar dan Usman.















Kesan Positif Kepimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin

Aspek Kesan Positif
Corak Kepimpinan Membuktikan bahawa pemimpin Negara adalah ketua agama yg mendaulatkan syariat Islam.
Sifat Kepimpinan Hanya pemimpin yg berakhlak, berwawasan, dan bertanggungjawab sahaja layak dipilih sebagai ketua untuk memajukan Negara.
Pertahanan Uasaha mempertahankan Negara drpd serangan musuh diberi penekanan penting.
Ekonomi Kestabilan rakyatdapat diwujudkan apabila dasar ekonmi Negara digubal secara adil.
Sosial Kepentingan ilmu akli & nakli.
Rakyat diberikan layanan yg adil
Kebajikan golongan fakir & miskin diutamakan.


Akibat Membelakangkan Kepimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin

 Ketua Negara akan dilantik secara warisan selepas Khulafa’ Ar-Rasyidin.
 Negara Islam terdedah dgn fitnah & peperangan sesame sendiri kesan drpd peristiwa pembunuhan Khalifah Usman bin Affan.
 Orang munafik mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan umat Islam.
 Timbul perpecahan aliran pemikiran yg memberi kesan spt aliran Ahli Sunnah & Syiah.

Iktibar drpd Sejarah Pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin

Khulafa’ Ar-Rasyidin merupakan golongan terbaik & generasi pertma yg menghayati Islam sebenarnya.Umat Islam harus mencontohi keperibadian mereka & mengambil teladan drpd corak pemerintahan dr kepimpinan mereka.

Aspek Akidah Kehidupan berdasarkan akidah yg benar.
Berpegang teguh kpd agama Islam.
Berusaha meningkatkantahap keimanan kpd Allah.
Aspek Syariat Hidup berlandaskan syariat Islam.
Sanggup berjihad & mengorbankan nyawa & harta bagi memperoleh keredhaan Allah.
Aspek Akhlak Digelar “Qudwatun Hasanah” kerana merialisasikan tuntutan Al-Quran melalui perkataan & perbuatan dlm kehidupan seharian.
Aspek Politik Mengamalkan syura dlm menentukan sesuatu keputusan.
Tidak mementingkan diri sendiri.
Aspek Ilmu Mementingkan ilmu pengetahuan.
Khulafa’ Ar-Rasyidin merupakan tokoh ilmu dlm pelbagai bidang.
Aspek Ekonomi Membangunkan ekonomi untuk peluasan dakwah & kemajuan Negara.
Semua lapisan masyarakat mendapat perhatian.
Sistem Sosial Rakyat diberi kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing.
Penyebaran Dakwah Berusaha membebaskan manusia drpd belenggu syirik.
Kerajaan & rakyat berganding bahu menyebarkan dakwah Islamiah.

12 comments:

  1. utk point kepimpinan khulafa' ar-rasyidin tdpt sedikit pembetulan, Rasulullah s.a.w . :) syukran

    ReplyDelete
  2. Minta izin utk copy ye dik. jazakillahu khaian kasira.

    ReplyDelete
  3. Saya minta izin ambil ilmu ni ye. Bukan ni saje, yg lain ada jugak. Website yg sama. Minta izin ye. Thanks sngr ii. Membantu saya😉

    ReplyDelete
  4. minta ilmu ni ye. Terima kasih ♡

    ReplyDelete