Tuesday, March 9, 2010

Sinopsis Kerusi

Drama ini mengisahkan Srisegala bongkak yang berkuasa dan sangat kaya. Dia dering bertindak zalim kepada rakyat jelata.Srisegala dibantu oleh Tunta Utama, Tunta 1, Tunta 2, Tunta 3 dan Tunta 4.

Oleh sebab penindasan yg selalu dilakukan oleh Srisegala, muncul 3 wira yang ingin menegakkan keadilan agar penindasan terhapus iaitu Wira 1, Wira 2 dan Wira 3.Namun, matlamat ketiga-tiga wira gagal.Mereka ditangkap oleh pengawal Srisegala.Selepas itu, muncul pula Putra yang berjuang sendirian menentang Srisegala.Dia pun tewas di tangan Srisegala.

Isteri Putra iaitu Masayu berusaha mencari Putra.Srisegala telah terpikat kepada Masayu yang cantik jelita ketika Masayu datang mencari Putra.Mata Masayu dikaburi dengan kemewahan yang diberi oleh Srisegala.Masayu sekarang telah tidak mengenali dan lupa kepada suaminya, Putra, yang telah dibutakan oleh Srisegala.

Wira I, Wira II dan Wira III bangkit meneruskan perjuangan mereka. Mereka meminta nasihat daripada Putra yang sudah buta. Putra menasihati supaya semua wira bersatu hati dan tenaga menetang Serisegala yang zalim. Kali ini, berkat perpaduan yang utuh mereka telah berjaya mengalahkan para pengawal Srisegala, malah berjaya menangkap Serisegala ketika cuba melarikan diri.

Akhirnya, Putra ditabal menjadi pengganti Serisegala dan menduduki kerusi kekuasaan yang selama ini dikuasai oleh Serisegala. Masayu pula insaf dan kembali kepada suaminya

No comments:

Post a Comment