Thursday, March 11, 2010

Nota Pen. Agama Islam Ting. 4 Bab 22 : Imam Abu Hanifah Rahimahullah

Riwayat hidup :

Nama sebenarnya ialah Nukman bin Thabit yg brketurunan Parsi.
Dilahirkan pd thun 80H/699M d Kufah.
Diknali sbgai Abu Hanifah kerana :
a. slah seorg anknya brnama Hanifah
b. Hanifah juga bermksud cnderung kpd agama.

Dibesarkan dlm keluarga berada & mndpt kmudahan mnuntut ilmu pgthuan.
Mewarisi perniagaan bapanya yg bergiat cergas dlm perniagaan.
Mmiliki akhlak yg mulia, ikhlas, pmurah, brani,rajin berusaha,ska mmberi nsihat & bercita2 tggi.
Seorg yg berilmu, berpegang tguh pd agama & kuat beribadat.
Meninggal dunia pd 150H/767M ketika berusia 70 tahun ktika berada d dlm pnjara kerana diseksa kerana x mnerima jwtn sbgai hakim.Jenazahnya dikebumikan di Hizran.

Pendidikan

Abu Hanifah amat berminat utk mgetahui ilmu pgthuan sjak kcil.
Bliau smpt mnuntut ilmu drp bbrpa shbat Rasulullah spt Anas bin Malik, Abdullah bin Abi Aufa, Abdullah bin Anas dan Sahal bin Abi Saad & ulama2 tabiin.
Mmpelajari plbgai ilmu trutmanya ilmu perundgn Islam.
Stiap ilmu dipraktikkan oleh beliau dlm khidupan sharian.
Mnuntut ilmu fikah slama 18 tahun dgn seorg ulama terkenal iaitu Imam Hamad bin Abi Sulaiman.

Sumbangan Kpd Tamadun Islam

Beliau byk mghbiskan masa dgn mgajarkn ilmu kpd org rmai.
Mrupakan ulama pertama yg myusun kitab fikah scara tersusun mgikut bab & fsl trtntu.
Imam Abu Hanifah byk mmbuat pnelitian yg rapid lm mnntukan suatu hokum brdsarkan mrtabat ssbuah hadis.
Beliau trut mmbuat pyusunan yg tliti mgenai cra2 mgeluarkan ssuatu hokum brdsarkan kaedah2 trtntu.
Mghasilkan kitab Fikah Al-Akbar dan kitab Al-Faraid.
Amat tliti trhdp hadis Nabi. Beliau hnya mnrima hadis yg sahih & kuat sanadnya.
Brkebolehn dlm mgeluarkan hokum fikah.
Brpgang kpd pmikiran yg krits dlm mntapkan suatu hkum kcuali hokum yg terdpt dlm Al-Quran & Al-Hadith.



Pengaruh Mazhab Abu Hanifah

Aliran mazhab Abu Hanifah dikenali sbgai Mazhaf Hanafi.
Mazhab ini sgt berpengaruh di Iraq & mnjd mazhab rasmi Kerajaan Uthmaniah.
Aliran mzhab ini jga dianuti oleh pnduduk di Mesir,Syria & Bosnia.
Di Turki, mazhab ini brpgruh dlm bidg ibadat.
Murid2 Iman Abu Hanifah mnruskan pmyebaran ilmunya mlalui pnulisan & bukunua yg mnjd rujukan trkenal di perpustakaan trkenal di seluruh dunia.

Nota Pendidikan Agama Islam Ting. 4 Bab 23 : Imam Malik Rahimahullah

Riwayat hidup
Namanya yg sbenar ialah Malik bin Anas bin Malik bin Amar Al-Harith.
Dilahirkan pd 93H/713M di Madinah.
Beliau berasal drp keturunan Arab yg dihormati & dimuliakan olh masy. Arab.
Datuknya, Malik bin Amar, merupakan ulama tablin yg terkenal.
Moyangnya,Amar, adalah seorg shbat Rasulullah saw yg sama2 berjuang menegakkan Islam.
Memiliki keperibadian yg mulia , berbudi bahsa, mghormati ibu bapa, org dewasa & guru.
Imam Malik gemar berpakaian kemas, cantik, bersih & memakai bau-bauan yg harum.
Mempunyai minda yg cerdas, pndangan yg bernas,daya ingatan yg kuat & teguh pendirian serta bijaksana.
Beliau suka mnziarahi org yg sakit & mengiringi jenazah.
Memiliki sifat yg tawaduk & x pernah menunggang kuda ke Madinah kerana mghormati jasad Rasulullah.
Beliau tabah mghadapi dugaan ketika berdakwah sma ada terhadap rakyat atau pmrintah.Beliau pernah diseksa kerana mengeluarkan fatwa yg x dipersetujui oleh Khalifah Abu Jaafar Al Mansur.
Beliau meninggal dunia ketika berumur 86 tahun pd tahun 179H/798M dan meninggalkan 3 org putera & seorg puteri.

Pendidikan
Imam Malik sgt gemar menuntut ilmu pengetahuan.Beliau sejak kecil sudah menhafaz Al-Quran & Al-Hadis.
Beliau menuntut berbagai-bagai ilmu semasa di Madinah.
Guru Imam Malik yg prtama ialah Abdul Rahman bin Hamzah iaitu ulama besar di Madinah dan beliau berguru dgnnya selama 8 tahun.
Imam Malik juga mengajar ilmu fikah yg dipelajari drpd Rabiah bin Abdul Rahman.
Nafa & Imam Malik bin Syahabul Zahri mgajar ilmu hadis kpd Imam Malik.
Beliau telah belajar drp 900 org guru & sebahagian dpr gurunya terdiri drp ulama tabiin.

Imam Malik sebagai guru
Beliau mula menjadi guru sejak berumur 17 tahun lagi.
Beliau mengajar bersungguh-sungguh di Masjid Nabawi utk mmbri kejelasan & kefahaman kpd anak muridnya.
Majlis ilmu yg diadakan olh Imam Malik mndpt sambutan kerana kbolehan beliau mengajar & bukan shj dihadiri olh org awam bahkan oleh alim ulama & gurunya jua termasuklah Mohammad Muslim Az-Zuhri.
Mazhab Maliki yg berkembang ke seluruh dunia terutamanya Hijaz,Maghribi & Andalus lahir kerana org ramai bersetuju dgn pendapat Imam Malik dlm perkara yg berkaitan dgn ilmu fikah.

Penghormatan Imam Malik kpd Hadis
Ulama berpendapat hadis yg paling sahih adalah yg diriwayatkan olh Imam Malik drp Nafa’ drp Ibnu Umar & drp Az-Zuhri.
Imam Malik amt mghormati hadis2 Nabi dan ini trbukti apabila trdpt persoalan berkaitan hadis, beliau teris pergi mandi, mmakai pakaian yg bersih, mmakai bau-bauan & mmakai serban.
Beliau berpegang teguh dgn hadis2 Rasulullah saw & berpendapat hadis2 adalah petunjuk & penyuluh hidup kpd umat manusia.

Sumbangan

Imam Malik menghasilkan Kitab Al-Muattok yg mgandungi hadis2 Rasullah yg berkaitan hukum hakam.
Imam Malik mnentukan hukum berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah.Jika x terdapat dlm kedua-duanya beliau akan merujuk kpd ijmak ulama,kemudian qias iaitu membandingkan hukum2 yg sedia ada & akhir sekali menggunakan Masolih Al-Mursalah.

Nota Pendidikan Agama Islam Tingkatan 4 Bab 20

Bab 20 : Kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin

~Kesinambungan drpd kerajaan Islam Madinah pimpinan Nabi Muhammad saw.

Khalifah ialah orang yang memegang jawatan ketua Negara Islam.

Khulafa’ Ar-Rasyidin ialah gelaran kepada empat seorang sahabat yang
memegang jawatan dalam negaran Islam selepas kewafatan Rasulullah.
Mereka ialah :

a) Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
b) Khalifah Umar Al-Khattab
c) Khalifah Usman bin Affan
d) Khalifah Ali bin Abi Talib

Kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin berpusat di Madinah dan pemerintahannya berkuasa selama lebih kurang 29 tahun iaitu dari tahun 11 Hijrah sehingga tahun 41 Hijrah.


PENGENALAN RINGKAS KHULAFA’ AR-RASYIDIN

A. KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ (11H-13 H/632M-634M)
Nama sebenar Abdullah bin Abi Quhafah
Tarikh Lahir 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah
Keturunan Bani Tamim
Gelaran As-Siddiq yang bermaksud yang membenarkan perbuatan dan percakapan Nabi Muhammad.
Tarikh Wafat 23 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah.Dimakamkan di Madinah berhampiran makam Rasulullah.
Sifat peribadi • Jujur,amanah,dan setia kepada Nabi.
• Berbudi pekerti mulia.
• Membenarkan segala perkataan dan perbuatan Nabi.
Perlantikan menjadi khalifah Setelah Rasulullah wafat, golongan Muhajirin dan Ansar berselisih pendapat untuk memilih penganti baginda.peristiwa tersebut berlaku di Saqifah Bani Sa’adah.Wakil kedua-dua golongan memberi ucapan.Abu Bakar mencadangkan Umar bin Al-Khattab dan Abu Ubaidah menjadi khalifah.Kedua-dua calon tersebut menolak cadangan tersebut dan memberi balah kepada Abu Bakar sebagai khalifah.







B. KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB (13H-23H/634M-644M)

Nama sebenar Umar bin Al-Khattab bin Naufal
Tarikh Lahir 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah
Keturunan Quraisy
Gelaran Al-Faruq yang bererti pemisah antara hak dan batil.
Tarikh Wafat Akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun dan setelah 10 tahun menjadi khalifah.
Sifat Peribadi • Berani menegakkan Islam
• Tegas,adil dan bertanggungjawab.
• Taat pada perintah Allah swt.
Perlantikan menjadi Khalifah Menjadi khalifah mengikut wasiat Abu Bakar As-Siddiq untuk mengelakkan umat Islam berpecah belah.Wasiat ditulis oleh Saidina Usman dan kemudian diumumkan kepada orang ramai.

C. KHALIFAH USMAN BIN AFFAN (23H-35H/644M-656M)

Nama sebenar Usman bin Affan bin Abu Al-As
Tarikh Lahir Lima tahun selepas kelahiran Nabi.
Keturunan Bani Umaiyah
Gelaran Zunnurrain yang bermaksud dua cahaya kerana telah mengahwini dua orang puteri baginda.
Tarikh Wafat Tahun 35 Hijrah ketika berusia 80 tahun kerana dibunuh oleh Abu Lukluk.
Sifat Peribadi • Zuhud dan dermawan.
• Berani menegakkan Islam.
• Tegas dan bertanggungjawab.
• Berfikiran kreatif.
Perlantikan menjadi khalifah Pemilihan daripada 6 orang sahabat iaitu Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib,Talahat bin Abidah,Zubir bin Al-Awam,Saad bin Abi Waqas dan Abdul Rahman bin Auf.Apabila kesemua menarik diri,Abdul Rahman mengisytiharkan Usman bin Affan sebagai khalifah.



D. KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB (35H-40M/656M-661M)

Nama sebenar Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bi Hasyim.
Tarikh Lahir 10 tahun sebelum kerasulan Nabi.
Keturunan Bani Hasyim
Gelaran Karamallahhu Wajha yang bermaksud Allah memuliakan wajah dan maruahnya kerana tidak pernah menyembah berhala.
Tarikh Wafat Tahun 40 Hijrah
Sifat Peribadi • Berani,tegas dan menguasai pelbagai ilmu dengan mendalam.
Perlantikan menjadi khalifah Atas permintaan orang ramai untuk menyelesaikan pergaduhan antara orang Islam ekoran daripada pembunuhan Khalifah Usman bin Affan.Perlantikan tersebut tidak dipersetujui oleh keluarga Umaiyah.

Kepimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin

I. Khulafa’ Ar-Rasyisin ialah mereka yang sangat rapat dengan Rasulullah swt.
II. Mereka ialah tempat rujukan kepada umat Islam selepas kewafatan Rasulullah swt.
III. Mereka memiliki akhlak yang terpuji seperti taat perintah Allah,warak,adil,bertanggungjawab,berani dan sebagainya.
IV. Meneruskan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Rasulullah yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
V. Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab untuk memajukan Negara Islam.
VI. Mengamalaknsifat kesederhanaan dalam semua perkara dan mengutamakan kebajikan rakyat daripada kepentingan sendiri.
VII. Melaksanakan perundangan Islam sepenuhnya sebagai dasar pentadbiran Negara.


Dasar Pentadbiran Khulafa’ Ar-Rasyidin

I. Melaksanakan sistem pemerintahan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
II. Khalifah mempunyai kuasa terhadap sesuatu pendapat ahli Majlis Syura dan Ijtihad.
III. Khalifah merupakan ketua Negara yang bertanggungjawab mewujudkan keadilan kepada semua rakyat.
IV. Khalifah tidak mempunyai apa-apa keistimewaan di sisi undang-undang.
V. Rakyat wajib patuh kepada pemerintah yang melaksanakan dasar Al-Quran dan As-Sunnah.
VI. Khlaifah bertanggungjawab menyediakan segala kebajikan dan kemajuan kepada rakyat.
VII. Gabenor dan seseorang pegawai dilantik berdasarkan kebolehan dan kecekapan bekerja.
VIII. Rakyat berhak memberi pendapat kepada pemerintah mengikut saluran yang betul.


Pembaharuan Dalam Sistem Pentadbiran Negara

a. Majlis Syura

a) Dianggotai oleh “Al-Hallu wal Aqdu” iaitu mereka yang bijak mentafsir dan membuat keputusan mengenai sesuatu perkara.
b) Majlis tersebut berperanan menentukan pelantikan khalifah pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin dan menangani kes-kes penyelewengan dalam kalangan pegawai pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab.

b. Pentadbiran Wilayah

1. Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab, beberapa wilayah baru dibuka san beberapa gabenor dilantik untuk mentadbir wilayah tersebut.
2. Gabenor adalah sebagai wakil kepada khalifah dan menjalankan tugas yang dibenarkan oleh khalifah.
3. Beberapa jawatan baru ditubuhkan bagi memantapkan jentera pentadbiran Negara iaitu :

a) Ketua setiausaha
b) Setiausaha
c) Pegawai polis
d) Pegawai pemungut cukai
e) Pegawai perbendaharaan negara
f) Ketua hakim


4. Pegawai-pegawai dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan iaitu :

a. Mendapat surat drpd khalifah yang mengandungi tugas-tugas dan kuasa
b. Segala harta milik pegawai akan diperiksa
c. Pegawai-pegawai dikehendaki datang ke mahkamah setiap kali musim haji meyediakan laporan.

d. Pegawai yang bersalah akan disiasat dan jika disabit kesalahan akan dikenakan tindakan.
e. Pegawai diberi gaji tetap supaya menjalankan tugas dengan cekap dan baik.


C. Penubuhan Jabatan Ad-Diwan

1. Jabatan ini ditubuhkan bagi memastikan segala pengurusan berjalan dengan baik.
2. Dua jabatan baru ditubuhkan.

Dewan Al-Jundi
(Jabatan Ketenteraan) Dewan Al-Kharaj
(Jabatan Hasil)
i. mengendalikan latihan kepada tentera.
ii. mengemaskini maklumat tentera.
iii. mengurus pembayaran gaji tentera
iv. mengurus perkara kebajikan tentera. i. memungut dan mengumpul hasil Negara
ii. menyediakan kemudahan kepada rakyat untuk membayar cukai dengan cara pemungut cukai akan mendapatkan pembayar cukai.

3. Kecekapan pengawai menjalankan tugas telah mempertingkatkan pendapatan Negara dan memperkukuhkan ekonomi Negara Islam.


Polisi Pentadbiran Khulafa’ Ar-Rasyidin

Khalifah Polisi Pentadbiran
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq a. memerangi golongan murtad
b. menghapuskan nabi palsu dan pengaruhnya.
c. Memerangi golongan yang enggan membayar zakat.
d. Menggerakkan tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan.
e. Melantik khalifah sebagai penggantinya untuk menghindarkan selisih faham umat Islam apabila beliau meninggal dunia.
Khalifah Umar Al-Khattab a. mengadakan pembaharuan dalam system pentadbiran tanah.
b. Sahabat yang tidak dibenarkan meninggalkan Madinah kecuali mendapat kebenaran khalifah.
Khalifah Usman bin Affan a. membuka peluang kepada umat Islam yang ingin berjihad untuk menyebarkan agama Islam.
b. Para sahabat telah dibenarkan meninggalkan Kota Madinah.
c. Melonggarkan syarat penggunaan harta Baitulmal.
d. Banyak gabenor yang dilantik dari kalangan Bani Umaiyah berdasarkan kebolehan mereka.
e. Beliau menetapkan bahawa Al-Quran hendaklah dibaca dalam “Lahjah Quraisy”.
Khalifah Ali bin Abi Talib a. memecat pegawai-pegawai kerajaan yang berketurunan Umaiyah termasuk Muawiyah bin Abi Sufian(gabenor di Syam) dan ditukarkan kepada pegawai yang baru.
b. Meneruskan Majlis Tahkim walaupun tidak dipersetujui oleh golongan Khawarij.

Sumbangan dan Jasa Khulafa’ Ar-Rasyidin

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq 1. menghapuskan golongan murtad, nabi palsu, dan golongan yang enggan membayar zakat.
2. membebaskan negeri-negeri yang berada di bawah cengkaman Rom dan Parsi.
3. mengumpulkan tulisan-tulisan Al-Quran supaya tidak dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Khalifah Umar Al-Khattab 1. mengemaskini pentadbiran Majlis Syura
2. menyusun semula hokum kanun tanah Negara
3. Menubuhkan jabatan baru spt jabatan ketenteraan dan jabatan tanah untuk melicinkan pentadbiran.
4. memperkenalkan takwim tahun Hijrah
5. menubuhkan pasukan polis dan tentera laut untuk menjaga keamanan Negara.
6. membahagi pentadbiran Negara kepada beberapa wilayah.
Khalifah Usman bin Affan 1. menggunakan harta dan kekayaannya untuk kesejateraan Negara.
2. mengumpul dan membukukan Al-Quran dalam satu risalah yang dikenal dengan nama “Rasmi Umani”.
3. Memperkuat pasukan tentera darat dan laut bagi menjaga keselamatan Negara dan perluasan kuasa Islam.
Khalifah Ali bin Abi Talib Menerima jawatan khalifah semasa keadaan Negara tidak aman.

Kemajuan Sosial

A. Penduduk

Masyarakat Islam pada zaman khulafa’ Ar-Rasyidin hidup dlm keaadan aman dan harmoni.Tiga golongan masyarakat pd zaman itu ialah

a. masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab yang memeluk Islam sejak zaman Rasulullah.
b. Masyarakat yang berada di luar tanah Arab yang memeluk Islam sejak zaman perluasan kuasa khulafa’ Ar-Rasyidin
c. Golongan bukan Islam yg mendapat perlindungan (Kafir Zimmi)

Semua golongan diberi hak dan kebebasan yg sama rata dlm Negara.

B. Penyebaran Pendidikan

Masjid merupakan institusi pendidikan yg penting.
Kuttab ia;lah tempat belajar di kawasan masjid untuk kira dan kanak-kanak belajar membaca,menulis,mengira dan menghafaz Al-Quran.

C. Kebajikan

Pemerintah khulafa’ Ar-Rasyidin sentiasa menjaga kebajikan rakyat sama ada ug beragama Islam ataupun tidak.
Contohnya,Khalifah Umar memansuhkan cukai jizyah seorang Yahudi tua yang miskin,





D. Keadilan

Khalifah Umar bin Al-Khattab contohnya amat bertanggungjawab & bersikap adil kpd rakyat.Dlm menguatkuasakan undang-undang, beliau tidak memilih pangkat & kedudukan seseorang.Beliau mengambil semula tanah-tanah sahabat menjadi milik Negara berdasarkan Kanun Tanah Negara


Mengadakan Kemudahan Awam

Khalifah Umar bin Al-Khattab amat mementingkan rakyat dlm semua prkara.Oleh itu,beliau menubuhkan Baitulmal untuk menyimpan harta kerajaan dan membangunkan beberapa buah Bandar baru.

A. Kemajuan ekonomi

Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab sehingga awal pemerintahan Khalifah Usman bin Affan,sumber ekonomi yg utama ialah zakat, fai, usyur, zijyah, ghanimah & sebagainya.Dewan Al-Kharaj ditubuhkan bagi mengemaskini kewangan Negara.Undang-undang Tanah Negara juga diperkenalkan bagi menghindarkan pembaziran tanah.

B. Perluasan Kawasan

Wilayah-wilayah Islam semakin luas kesan daripada kejayaan tentera Islam menakhluk beberapa buah Negara seperti Iraq,Syria, dan Palestin.

Pengaruh Islam semakin tersebar apabila Khalifah Abu Bakar berjaya memerangi orang murtad dan nabi palsu dlm kalangan kabilah-kabilah Arab sekitar Mekah & Madinah.

Wilayah-wilayah Islam semakin meluas pada zaman pemerintahan Khalifah Umar dan Usman.















Kesan Positif Kepimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin

Aspek Kesan Positif
Corak Kepimpinan Membuktikan bahawa pemimpin Negara adalah ketua agama yg mendaulatkan syariat Islam.
Sifat Kepimpinan Hanya pemimpin yg berakhlak, berwawasan, dan bertanggungjawab sahaja layak dipilih sebagai ketua untuk memajukan Negara.
Pertahanan Uasaha mempertahankan Negara drpd serangan musuh diberi penekanan penting.
Ekonomi Kestabilan rakyatdapat diwujudkan apabila dasar ekonmi Negara digubal secara adil.
Sosial Kepentingan ilmu akli & nakli.
Rakyat diberikan layanan yg adil
Kebajikan golongan fakir & miskin diutamakan.


Akibat Membelakangkan Kepimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin

 Ketua Negara akan dilantik secara warisan selepas Khulafa’ Ar-Rasyidin.
 Negara Islam terdedah dgn fitnah & peperangan sesame sendiri kesan drpd peristiwa pembunuhan Khalifah Usman bin Affan.
 Orang munafik mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan umat Islam.
 Timbul perpecahan aliran pemikiran yg memberi kesan spt aliran Ahli Sunnah & Syiah.

Iktibar drpd Sejarah Pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin

Khulafa’ Ar-Rasyidin merupakan golongan terbaik & generasi pertma yg menghayati Islam sebenarnya.Umat Islam harus mencontohi keperibadian mereka & mengambil teladan drpd corak pemerintahan dr kepimpinan mereka.

Aspek Akidah Kehidupan berdasarkan akidah yg benar.
Berpegang teguh kpd agama Islam.
Berusaha meningkatkantahap keimanan kpd Allah.
Aspek Syariat Hidup berlandaskan syariat Islam.
Sanggup berjihad & mengorbankan nyawa & harta bagi memperoleh keredhaan Allah.
Aspek Akhlak Digelar “Qudwatun Hasanah” kerana merialisasikan tuntutan Al-Quran melalui perkataan & perbuatan dlm kehidupan seharian.
Aspek Politik Mengamalkan syura dlm menentukan sesuatu keputusan.
Tidak mementingkan diri sendiri.
Aspek Ilmu Mementingkan ilmu pengetahuan.
Khulafa’ Ar-Rasyidin merupakan tokoh ilmu dlm pelbagai bidang.
Aspek Ekonomi Membangunkan ekonomi untuk peluasan dakwah & kemajuan Negara.
Semua lapisan masyarakat mendapat perhatian.
Sistem Sosial Rakyat diberi kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing.
Penyebaran Dakwah Berusaha membebaskan manusia drpd belenggu syirik.
Kerajaan & rakyat berganding bahu menyebarkan dakwah Islamiah.

contoh peribahasa yg boleh digunakan dlm krgn berunsurkn ekonomi, kewangan dan fulus…

Berikut adalah contoh peribahasa yg boleh digunakan dlm krgn berunsurkn ekonomi, kewangan dan fulus…

Cermat masa byk,jimat semasa sikit
-llu brhti2 smsa brblnja

Cicir dipungut,hilang dicari
-gn mlkukn pmbziran

Biar titik jgn tumpah
Biar senget jgn trtiarap
Biar genting jgn putus
-Biar rugi sedikit,jgn rugi byk

Kimia ini membunuhku

kau membuat ku berantakan
kau membuat ku tak karuan
kau membuat ku tak berdaya
kau memeningku hancurkn resultku
bagaimana caranya untuk
menyenangkan payahnya kertasmu
ku sadari ku tak sempurna
ku jawab yang tak kau inginkan

kau hancurkan aku dengan soalanmu
tak sadarkah kau telah menyakitiku
lelah minda ni meyakinkanmu
kimia ini membunuhku
bagaimana caranya untuk
mengurangkan susahnya papermu
ku sadari ku tak sempurna
ku jawab tak sperti yang ko inginkn

Impak SPM 2009

Mliat dan mendgr result kwn2 ku yg spm thun lpas wat aku brsemgt utk bljr baik2..mau twaskn dorg..Insya Allah..

Tuesday, March 9, 2010

Sinopsis Kerusi

Drama ini mengisahkan Srisegala bongkak yang berkuasa dan sangat kaya. Dia dering bertindak zalim kepada rakyat jelata.Srisegala dibantu oleh Tunta Utama, Tunta 1, Tunta 2, Tunta 3 dan Tunta 4.

Oleh sebab penindasan yg selalu dilakukan oleh Srisegala, muncul 3 wira yang ingin menegakkan keadilan agar penindasan terhapus iaitu Wira 1, Wira 2 dan Wira 3.Namun, matlamat ketiga-tiga wira gagal.Mereka ditangkap oleh pengawal Srisegala.Selepas itu, muncul pula Putra yang berjuang sendirian menentang Srisegala.Dia pun tewas di tangan Srisegala.

Isteri Putra iaitu Masayu berusaha mencari Putra.Srisegala telah terpikat kepada Masayu yang cantik jelita ketika Masayu datang mencari Putra.Mata Masayu dikaburi dengan kemewahan yang diberi oleh Srisegala.Masayu sekarang telah tidak mengenali dan lupa kepada suaminya, Putra, yang telah dibutakan oleh Srisegala.

Wira I, Wira II dan Wira III bangkit meneruskan perjuangan mereka. Mereka meminta nasihat daripada Putra yang sudah buta. Putra menasihati supaya semua wira bersatu hati dan tenaga menetang Serisegala yang zalim. Kali ini, berkat perpaduan yang utuh mereka telah berjaya mengalahkan para pengawal Srisegala, malah berjaya menangkap Serisegala ketika cuba melarikan diri.

Akhirnya, Putra ditabal menjadi pengganti Serisegala dan menduduki kerusi kekuasaan yang selama ini dikuasai oleh Serisegala. Masayu pula insaf dan kembali kepada suaminya

Saturday, March 6, 2010

Paper PAI 83

Paper agama aku dpt mrkh 83...paper ni pun aku frust ckit...aku target dapat a+ tp dpt a ja..huh...napa tijah dpt wat tp aku x dpt...mmg jiwa aku x tntrm ckit...means byk kkotorn ni d jwa..hehe..sot..insaflah aku..

Frust+

Frust ckit dpt mrkh +m3 44 ja...cuai wa...edeh....syg bnr eh...huh....aku mau try inda tusyen dlu...mn tau aku bleh recover smula...tp liatla mun kna bnrkn...

Another blog to handle!

Dis is ma second blog...so second warm welcome!dis blog will consist all stuffs about my journey all the way to spm...hope i can share information about spm wif fwens and bloggers...